Dr. Mohd Faizal & Maziah

This item was filled under [ Wedding ]

Salam. Entry kali ni ada sedikit tugasan aku bertempat di International Youth Centre Hall, Cheras, KL yang merakamkan hari bahagia  serta meraikan pasangan pengantin iaitu Dr. Mohd Faizal & Maziah. Majlis persandingan yang berlansung dengan meriah ni telah bebenar menguji tahap kemampuan kreativiti dan kemampuan mesin kamera aku untuk merakam kan detik-detik bahagia pengantin ni. Senang bekerja dengan diorang ni happy n tak lekang dengan senyuman yang manis dan majlis yang sangat meriah…. sesi shoting outdoor aku bawa derang pi putrajaya.. 2nd time aku p shooting kat sana… so tak la terlalu sukar nak shoting kat sana… coz lanskap kat sana pon dah cukup cantik untuk mencantik kan hasil karya foto bagi sesiapa saja jurufoto…. alhamdulillah… pengantin mmberi kerjasama yang 200% terbaik walaupon derang tak cukup tido… sori ye faizal & maz.. both of u mmg sporting…. :) wish u guys… semoga berkekalan hingga ke akhir hayat… nanti kalau aku tak sihat aku carik korang.. hehehehe….

sekian…

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
website : http://www.nurulanwar.com
members : http://www.republicofphotographic.com/
flickr: http://www.flickr.com/photos/nuat/
+6013.372.1711

Graduation

This item was filled under [ Graduation Day ]

Salam apa khabar sahabat sekalian… entry hari ni just menyigkap beberapa foto hari graduasi di beberapa IPT dalam negara kita nih…. mmg seronok bila segala penat lelah belajar di anugerahkan segulung ijazah.. tak kisah la… samada pencapai kita kurang cemerlang atau pon cmerlang da boom…. bagi setiap graduan.. hari konvoksyen adalah saat indah yang tak mungkin dilupakan…

Hairan kan… masa belajar tak penah terlintas dalam pikiran dengan apa yang akan di lalui pada esok hari.. semua nya indah dan hari yang di lalui penuh dengan berani dan happy sokmo… aku? syok ke jadi graduan? … hurm… sapa tak syok kan… aku gembira bila aku dapat membuat kan mak dan bapa aku tersenyum.. walau pon adik aku terlebih dahulu amik scroll..  hehe… biasa la… pelan pelan kayuh…. apa pon semua kejayaan kita pasti di sokong oleh keluarga dan ibu bapa kan.. bagi yang tiada ibu dan ayah.. aku pasti semangat mereka merentasi sempadan upaya…. dan meraka juga boleh berjaya…

ok la.. entry hari ni stop dulu.. jumpa lagi nanti.

antara yang terlibat foto diatas tu adalah.. aishah, umi, lily dan siti….. thanks all….

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
website : http://www.nurulanwar.com
members : http://www.republicofphotographic.com/
flickr: http://www.flickr.com/photos/nuat/
+6013.372.1711

yes we are!

This item was filled under [ MISC ]

Salam … first of all… aku kenalkan kengkawan aku yang tegar dalam fotografi nih… dari kanan Damai, Aku, Faiz, Unjie dan Limi… derang ni memang tak serik dengan cabaran fotografi.. aku mula kenal derang ni masa sama sama belajar kat skolah seni, USM penang…. banyak pengalaman yang kitorang dah lalui… skang ni Alhamdulillah.. kami orang still in touch…. walaupon pada jarak yang agak jauh bagi setiap dari kami orang…

Actualy aku mmg saja up kan pic ni tuk post hari ni… tetiba plak teringat kat derang ni bila mengenagkan jasa baik persahabatan derang ni ngan aku… bnyk yang derang ni tlg aku .. walau pon kekadang Fika kata aku bg nasihat pedas.. hahha…. aku mmg bg nasihat pedas sket.. sori la bro… aku tak der niat tak baik… semua yang baik dari Allah.. yang kurang sempurna mungkin dari kelemahan aku…

Alhamdulillah sampai hari ni.. kami orang dah pon berada pada satu tapak yang agak baik dan sempurna bagi kami orang meneruskan perjalanan dan cabaran dalam kembara di dunia realiti nih… semoga persahabatan kekal hingga akhir hayat… aku salute korang la geng….

pda korang yang menyokong kami.. thanks… keep in touch k! http://www.republicofphotographic.com/

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
website : http://www.nurulanwar.com
members : http://www.republicofphotographic.com/
flickr: http://www.flickr.com/photos/nuat/
+6013.372.1711

my BIG day !

This item was filled under [ Wedding ]

my Big Day!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua yang setia melayari blog nurulanwar.com ni, dan terima kasih kerana sentiasa setia dan menyokong blog ini secara lansungnya memberi semangat kepada aku untuk menggagahkan langkah untuk di corakkan langkahnya dalam merentas belukar alam yang penuh dengan ranjau duri ini.

Alhamdulillah…entry kali ini sungguh bermakna pada aku kerana berbekalkan semangat dan dorongan serta bimbingan dari kedua mak dan bapa serta keluarga, aku.. telah berpindah ke sebuah alam baru di muka bumi milik Tuhan Maha Kaya ini. Alhamdulillah tiada perkataan awal yang dapat aku rakamkan melainkan kalimah syukur pada Maha Pencipta yang telah membenarkan perjalanan aku di teruskan dengan penuh meriah dan segalanya berjalan lancar dengan sambutan di luar jangkaan aku…

Mak dan Bapa adalah orang penting dalam memberi semangat kepada aku untuk kuat dalam melayari bahtera rumahtangga yang telah aku lafazkan ijab qabul pada jam 10pg, 18 Disember 2009 bertempat di Masjid Kg. Seri Mendapat, Merlimau, Melaka. Seisi keluarga serta saudara mara yang turut hadir meraikan majlis akad nikah memberi kekuatan pada aku untuk sekali lafaz dengan penuh yakin walau pun perasaan bercambur baur gembira dan sedih pada waktu tu… alhamdulillah sekali lagi semua berjalan lancar. Dan terus aku di hulurkan oleh khadi teks lafaz taqliq dan aku membaca dengan penuh tumpuan yang segala isi kandungannya mengingatkan aku yang aku telah dan sedang memikul tanggugjawab sebagai ketua keluarga yang alamnya berbeza dengan sebelum ini, aku gagahkan membaca hingga ke hujung ayat, terkadang terlintas di pikiran ku… bersediakan aku dengan segala apa yang telah aku lafazkan… layangan pikiran ku tersentak apabila melihat wajah isteri yang di solek cantik oleh mak andam, dan hati kecil berkata.. dengan nama Allah yang telah menjadikan dia untukku… dan aku akan menjaganya sepenuh hati ku… Allah kuat kan semangatku dengan kalimah mu….

kemudia di sambung dengan penyerahan wang mas kahwin dan barang kemas berupa seutas rantai emas…  lantas isteri tercinta menghulurkan tangan dan aku menyambut salam bagi menghalalkan sentuhan pertama sebagai pasangan suami isteri. Saat itu aku merasakan sesuatu perasaan yang sukar di gambarkan, tatkala mebebaskan diri dari fitnah dan dosa…. dan bermulalah satu perjalanan baru…. “Ya Allah, Engkau telah satukan hati kami berdua, maka satukanlah dan pelihara hati dan ikatan kami hingga akhir hayat…amin ya Rabbalalamin..”

*alhamdulillah majlis walimah kedua-dua belah pihak berjalan lancar.. bnyk cerita yang dan kenangan yang sukar di gambarkan…. Terima Kasih Allah, Mak, Bapa, Mak Mertua, Ayah Mertua.. Isteri tersayang… serta seisi keluarga… love u all….

my cousins wedding

This item was filled under [ Wedding ]

Salam semua yang lalu lalang kat blog@nurulanwar.com ni. moga sihat selalu.. post hari ni adalah sambungan pos semalam berkaitan tugasan foto majlis perkahwinan pada 12 disember yang lalu… lepas job pagi kat Pandan Indan, aku terus rush p ke majlis perkahwinan 2 orang cousin aku iaitu Along, Sulhan dan pasangan memasing… alhamdulillah sempat sampai sblm pengantin start berarak … dan alhamdulillah dapat shot beberapa pic tuk simpanan keluarga. mmg meriah majlis kat selayang ni.. meraikan 2 menantu kepada pak tam dan mak tam aku…. majlis bertambah meriah dengan kunjungan keluarga dari kampung dari kedah, p.pinang …

fotographer juga meriah.. sampai 3 photografer yang cover wedding derang nih… aku just menempek ja kali ni… untuk meraikan dan memeriahkan majlis depa ni… :) apa pun.. aku nak wish kat Along & pasangan serta Sulhan dan pasangan.. moga bahagia selalu… semoga dengan kehadiran pasangan kalian dapat memeriah kan lagi keluarga Pak Tam dan Mak Tam sekeluarga.

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
http://www.nurulanwar.com
+6013.372.1711

Zul & Ida coming soon

This item was filled under [ Wedding ]

Salam semua. lama rasanya tak post kat blog nurulanwar.com ni. agak bz ngan majlis perkawinan sendiri kali ni. alhamdulillah semua berjalan lancar. nanti lah yer cerita pasal majlis perkahwinan aku, next post yer! :) . untuk post kali ni aku punya tugasan seminggu sebelum aku kahwin…. walaupun sibuk ngan persiapan kahwin aku, tugasan harus di utamakan bagi memberi khidmat terbaik pada client aku kali ni iaitu Zul dan Ida yang telah di ijab kabulkan pada 12.12.2009 yang lalu. majlis akad nikah telah berlansung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah… alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tugasan aku juga berjalan lancar walaupun terpaksa berkejar lepas tugasan tu ke majlis perkahwinan sepupu aku kat Selayang.

Ok.. Buat Zul dan Ida selamat pengantin baru… untuk majlis persandingan bulan januari dan februari ni insyaAllah khidmat aku akan di berikan sepenuhnya… jumpa nanti kat pandan indah dengan keluarga korang yang ceria selalu… slamat… :)

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
http://www.nurulanwar.com
+6013.372.1711

Walimatulurus

This item was filled under [ Walimatulurus ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya dengan rasa rendah diri dan sukacita  ingin menjemput saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yang mengenali diri saya dan bakal pasangan hidup saya ke majlis perkahwinan seperti yang tersebut:

Merlimau, Melaka | 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1431 | Sabtu

Sg. Petani, Kedah | 26 Disember 2009 bersamaan 9 Muharan 1431 | Sabtu

Download Kad Jemputan & Map >> http://www.nurulanwar.com/walimatulurus <<

“Alhamdulillah perjalanan harus diteruskan dengan penuh cabaran dan dugaan yang telah menjadi sebahagian kisah-kisah yang telah di harungi dengan penuh sabar, tewas, bangkit dan tawakal kepada Maha Pencipta segala qada dan qadar. Maka perjalanan hidup yang bakal aku lalui mungkin tak semudah yang di sangka dan kerana itulah telah Engkau (Allah) kurniakan seorang teman sebagai kekuatan dalam pejalanan hidup aku. Kisah aku bukanlah hebat seperti kisah Ibrahim ‘alaihissalam dan Siti Hajar, namun aku berdoa semoga hati aku seteguh baginda, dan aku bukanlah meminta pasanganku secekal Siti Hajar, namun aku sentiasa berdoa agar tersirat segala sifat isteri baginda Ibrahim dalam jiwa pasanganku. Ya Allah kurniakanlah bagiku sifat yang mulia dan terpuji disisiMu, Kurniakanlah bagiku isteri yang solehah yang sentiasa menjadi kekuatan dalam setiap kelemahanku. Sempurnakanlah hubungan dan walimatulurus kami dengan segala yang halal bagi Mu. Kurniakanlah zuriat yang memiliki iman yang hebat di sisiMu. yang Allah jadikan lah insan di sekeliling kami insan yang hebat .. insan yang memiliki ketaqwaan yang super disisiMu Ya Allah… amin ya Rabbal’alamin….”

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
http://www.nurulanwar.com
+6013.372.1711

bowl!

This item was filled under [ MISC ]

bowl at mahkota parade

“Bamm! dah la baling bola bowling tak reti… then masok longkang pulak tuh”… hehe… last weekend masa pi treasure hunt ngan ofismate dari kl-melaka, malamnya pula menginap kat hotel Mahkota Melaka. so kebetulan my fiance’s family main bowling kat mahkota prade, so join diorang. happening sungguh! next time boleh main lagi. boleh ajak ramai-ramai lagi. lepas tu pi makan seafood kat area pantai kelebang. sedap! thanks pada yang sudi belanja.

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
http://www.nurulanwar.com
+6013.372.1711

satu, dua, mula!

This item was filled under [ MISC ]

Geng Memang Besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah last weekend join Kembara Warisan from KL to Melaka… team kitorang bertanding dibawah kategori media yang terdapat lebih kurang 30 buah kereta manakala ada 20 lagi kereta bawah ketegori staf Jabatan Warisan Malaysia. So foto kat atas ni adalah team mate aku. Experience? huh ! tired ! walaupun 1st time aku join treasure hunt tapi sungguh seronok in answering very pusing-pusing punya soalan hahhaaha.. i also cakap pusing-pusing now… rojak … so what to do.. saja nak pusing-pusing kang hangpa semua… ok i’ve to stop this entry. sambung nanti…

:)

chow

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
http://www.nurulanwar.com
+6013.372.1711

rm10!

This item was filled under [ MISC ]

Close Up

Lelong! Lelong! last week i’ve got a called from my friend and ask if i have a close up/macro photo in my photo store. So for sure the answer is Yes! and then apa lagi.. further discuss in business way lah. lepas tu terus capai PC then mula lah cari photo yang ada dalam hard disk. Cari punya cari ada la some of them that can be deliver, so terpaksa la shot for that purpose. then complete shooting for this photo, then send to my friend firstly with low res for review session. and she was select 15 of them dan melalui deal yang telah di buat… i got rm10 for 1pc of photograph. Alhamdulillah. and now hobby can make money!

Just now i have to take a photo and upload to the www.istockphoto.com then i can make money. so apa tunggu lagi. go take photo n sell lah!

_______________________________________________________________________________
Malaysia Wedding Photographer
email : nurulanwar@gmail.com
YM ! : nurulanwaribrahim@yahoo.com
http://www.nurulanwar.com
+6013.372.1711